Merujuk perkara di atas... Ceeeewah, mentang2la asek tulis surat rasmi konon...huhuhuuuuu... Hari ni Mama nak catit ckit benda yang Mama sndri buat, n utk kongsi sesama bloggers' mom yg len. Sumer nih akibat suara dari Mak tok... Hmmm, kata Mak Tok, sepatutnya dah Mama mengandungkan Baby ni, Dzulqarnain patut diceraisusukan... Ewah! Bleh ka guna ayat tu...?
Lagi, ada la makhluk Allah ni, pandai2 je gtau yang Doc kata menyusu semasa hamil ni patut dielakkan. Mama cam xpuas ati la kan... Since expected pregnant, Mama dah googling tau... Xdanya bahaya... So, sbg catitan Mama & berkongsi ngan kengakawan sumer... xksahla dah kawen ke, lum ke, dah beranak ke, tgh mengandung, ini 1 info yg perlu kita tau sbg menyokong hasrat merealisasikan penyusuan ekslusif... Ewaaahhhh!
So, ni Mama kutip dari blog SusuIbu.Com. Jom baca sesama....
1st, kita check some ref. yg perlu diambil kira...
1.Keperluan terhadap kalori dan khasiat tambahan jika menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
2.Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak.
3.Puting mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
4.Si Abang/Kakak tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan. ( Myb yg ni yg Mak Tok risaukan tu...)
5.Susu badan mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. (Hmmmm, yg ni Mama sendiri dah mula rs... :-) ) Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Si Abang/Kakak mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
Jika Si Abang/Kakak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
Jika tidak berhajat untuk menyusukan Si Abang/Kakak selepas kelahiran adiknya ('tandem nursing'), perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil. Menyapih selepas kelahiran, boleh menyebabkan Si Abang/Kakak terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Panduan mudah lain , if Doc advice to do not have sex during pregnancy, sebaiknya tidak boleh menyusu badan.
Meanwhile, ada hadis tau psl menyusu ketika hamil nih.
Di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)”
(HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Ghilah ada 2 maksud;
i) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui).
ii) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Rujukan :
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di Blognya ilmudanulamak.blogspot.com (merujuk Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.)
So, amacam....? jelas sudah...? Apa2 pun, terpulang kpd diri masing2 samada nak bf @ susu botol. Dr pglmn Mama n kwn2 lain yg BF, sbnrnya byk sgt klbhnnya... Lagipun, bg Mama, susu yang ada tu kan mmg dah disediakan Allah kepada anak2 sbg rezeki depa, kenapa nak halang kan...? :-)
p/s : Membayangkan muka baby yg bakal dilahirkan....hik hik hik...x tahan.... :-)
![]() |
Kiut kan...? |
![]() |
Kiut lagi 2 budak botak nih... |

dah besar ye Adamz... ciut jer...
ReplyDeleteSy ltk gmbr lama tu kak.... :-)
ReplyDelete