Sunday, 3 July 2011

Ada Yang Lebih Diduga...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera....

1 benefit yang membuatkan Mama suka sgt blogging. Mengetahui perjalanan hidup orang lain. Dari mengetahui jalan hidup orang lain, baru kita tau yang sbnrnya, bkn kita sahaja diduga oleh Allah, malah ada lagi hamba-Nya yang diduga lebih hebat dari kita. Mama dapat info blog ni dr kwn skolah Mama - Min. Dia paste tis blog kat site alumni kami & FB dia. So, tergerak hati Mama nak baca. & skrg, Mama sndri mengikuti update blog ni - Moon Punya Blog. Mama & Daddy rasa ujian kami dah besar, subhanallah, ada ujian hamba lain yang jauh lebih besar dari kami.

Semalam, Mama citer kat Daddy, kisah blog tu. Mama kata kat Daddy, mmg nilah peranan kita sbg hamba Allah. Mcm Mama ckp sehari sudah, pas balik umah my MIL take my children. Masa tu, Daddy bengang sbb Mama nangis. Mama nangis sbb Mama geram, sakit ati, sbb Mama kena diamkan diri, xleh nak menegakkan kbnrn masa kena ngan my MIL.

Balik umah, Mama rs muka Mama ok ja. Tapi, Daddy kata ada benda yang xkena Mama xgtau dia. 2-3 kali gak dia tya. Tapi, Mama diam. Mama mengemas stok kering dalam kabinet, sambil menangis dalam diam. Tapi, Daddy mmg dah tau perangai Mama. Kalau Mama nangis, mmg xda bunyi. So, Daddy kata,

" Abang tanya pasepa, bknnya suh nangis dalam kabinet tu..." Mama jawab,
" Sayang ok ja..."
" Kalau ok, xkan nangis sampai cm tu. Dah lama xnangis, hari ni nangis lak. Sapa buat?"
" Xda apa la, Abang..."
" Nak Abang p tanya Mak terus ka? "
Utk mengelakkkan pertumpahan air liur antara mak & anak yang akn xberkesudahan, Mama pun cter apa yg ptt. Tu pun Mama tapis la skit. Xmau citer semua. Sbb, Daddy kblkgn ni agak temper. Bkn temper apa, dia dok rasa diperbodohkan oleh orang sekeliling. Slogan Daddy,

" Kita mungkin susah, tapi kita tak bodoh."

Abis je citer Mama, Daddy kuar ayat...

" Apa lagi yang xkena ni. Nak mcmn lagi?. Smlm, email dari ...., hari ni sblh Abang lak. Nak kena buat sampai mcmn baru depa nak puas hati?" Mama jawab,
" Biaq p la, Abang. Sampai bila depa larat."
" Oooohhh, larat nak biaq aih... Semua ni salah Abang. Syg kawin ngan Abg, Sayang jadi camni. Ngn family Sayang, ngan family Abang." Gosh, Daddy dah mula kuaq statement sedih la pulak.
" Abang, mmg kdg2 Syg ada gak rasa cam tu, tapi kita kena ingt yg kita ni hamba Allah. & kerja kita utk menempuh dugaan yang Allah bagi. Dah jd t/jwb makhluk utk terima apa yg Pencipta dia bagi. Bkn ada kena-mengena Abg kawin ngn Syg @ Syg kawin ngn Abg."
"Iyala...tapi Abg kesian kt Syg. Dari kedua kawin dah kena sampai hari ni, x abes2 lagi."
" Haaaa...kalau dah kesian, jagala Syg elok2. Syg la ni nk jd solid. Agk sapa yg dok nak menjatuh Syg, Syg buang ke tepi. Syg dah hilang benda yg sgt precious dlm hidup Syg, & Syg xteragak2 utk hilang apa2 lg. Syg dh bersedia."

Daddy amat faham ngan maksud ayat Mama yg tu. Mmg, itulah kerja kita.

Sebagai hamba Allah, kita kena yakin, setiap ujian yang datang adalah sebahagian dari t/jawab kita sbg hambaNya. Klu nak dibandingkan dgn nikmat yang diberikanNya, apalah sgt ujian yang ada. Lagi, Allah bg ujian kat kita, ikut kemampuan kita. Cam kita buat robot, kita mesti nak test apa yg dia boleh buat, apa dia xleh buat kan. Lg, kita mesti tau apa kelemahan robot kita tu.

Baca blog kwn kita nih,Mama insaf seketika. Mama kata kat Daddy,

" Ujian kita xcukup besar lagi sbnrnya. Sekurang2ya, walaupun kita susah sampai mcm ni, kita masih ada kudrat utk usaha keluarkan diri kita dr kesusahan ni. Cuma mgkn lmbt skit. Kalau kena mcm Norma & Talib, mampuka kita....". Daddy diam tanda setuju. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...