Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera....
Baca en3 di blog Najwa, buat Mama teringatkan pengalaman bersalin Hilmi & Dzulqarnain. Heeeee... Actually bersalinkan 2 hero ni, alhamdulillah, xdala susah sgt. Juz ms bersalinkan Hilmi, ada skit tekanan pelbagai pihak & xberapa berpengalaman, isu jd lain skit la kan....
Masa nak bersalinkan Hilmi, sebetulnya pintu Mama xterbuka pun sedangkan dah lebih 7 hari dari tarikh due. Hari raya ke-3, Mama adalah rasa sakit tapi dok ingat false alarm. Maklumlah, sblm tu dh berapa kali terkena. Kwn2 mai umah, layan cam biasa. Siap melantak laksa lagi. Pas kengkawan lik, Mama rs xsedap hati. Mama g bilik air & cek. Ada lendir + darah kat panties Mama. Mama kol Daddy yg masa tu dok lepak kat umah my MIL. Dialog lbh krang cm ni ar...
" Abang, Sayang rasa nak bersalin dah."
" Ish, confirm ka kali ni?"
" Xtau la...tapi ada lendir + darah sikit nih."
Mama tggu kat pintu, nampak Daddy terkocoh-kocoh turun balik umah. Nak confirm, Mama tnjk lak kat Daddy. Daddy kata, " Betoila kot ni." Tapi, kami xterus bertolak pun. Mandi dulu, solat Maghrib dulu, pas tu singgah umah my MIL utk gtau nak p spital. Ayat best, " Hmm, betoi ka nak bersalin tu.... Ntah ka sat g balik xbersalin lagi..." Huhuhuhuuuuuu...
Sampai kat spital, pas register apa yg patut, JM cek bukaan pintu. Allahu akhbar, pintu x terbuka pn lg. Terngiang2 kata my MIL kat umah tadi. Air mata Mama bergenang. Terus xmau tgk Daddy. Suh Daddy lik immediately. Laipun, JM kata lmbt lg nak bersalin camni. Dokla Mama kat spital melayan blues. Agak dlm mid night tu, terasa lak nak makan epal fuji & jus oren. Mama sms Daddy & Daddy ckp nak bw esok. Okla tu... Then, Mama pesan. Jgn bw sapa2 ms visit Mama esok. Mama tgh sedih...
JM buat lawatan setiap 4 jam kalau xclap. Lwtn yg ke berapa ntah, lbh kurang jam 6 pg, Mama rasa perut xselesa sgt tapi Mama xgtau JM pun, sbb Mama takut nnt org kata ngada2 lak. Kebetulan JM mai buat lawatan kat Mama. Perut mencekang sggh ms tu... JM cek jantung Hilmi tapi xdapat bunyi lgsg. JM tya Mama, ada rasa apa2 ka...? Mama kata adalah rs sakit ckit. JM tekan perut Mama ckit. "Isk, ni kontraksi ni," kata JM. Tya JM lg, " Betoi ka xsakit?" Mama jawab, " Rasa cekanh ckit ja dr selalu." Kata JM," Xdpt detect jantung baby nih." Mama dah cuak... Jgnla ada ujian besar kat Mama. JM goncang2 perut Mama. Mama biarkan ja. Dalam hati, buatla apa yg ptt, asalkan semuanya baik. JM cek jantung Hilmi sekali lagi, dapat. Tapi agak slow. Goncang lagi, sambil JM dok sebut..."Bangun anak ooo,kesian kat mak hang nih..." Cek jantung lagi skali. " DUp, dup, dup..." Kuat sggh byinya... JM cakap, " Haaaa...kita lak yg rsau lbh. Dia tgh tdoq kot td..." sambil senyum kat Mama. Mama yg antara blur ngan x, senyjm jalah balik... Tapi, ayat yg Mama xlupa ms JM tu berlalu ngn klik shift dia, " Relax ja bdk tu. Kena bagitau Doktor, bg bersalin hari ni gak." Confiussssss.....
Pagi, lbh kurang kul 7, Mama p bilik air utk mandi. Mama tgk lendir + darah semakin banyak yg kuar. Cuak gak la Mama... Sapa xcuak ooo.... Sampai nak makan pn xlalu. Pukul 8.30 pg lbh kurang, ada doktor yang buat lwtn. Pas check up, kelihatan Doc p ke meja, bercakap ngn JM yg cek Mama pagi tadi. JM mai balik kat katil Mama, amek report kot & Mama tgk dia tnjkkan something kat Doc. Doc paling tgk Mama & senyum, kuar dari wad. Lbh kurang kul 9.30 pg, Mama dipanggil masuk ke satu bilik kecik. Doc dah tggu siap kat dalam tu...
Doc buat prosedur SNS utk mudahkan bukaan pintu Mama. Alhamdulillah, lbh kurang jam 10.30 pg, bukaan menjangkau 5, Mama ditolak ke labour room. Mama sms Daddy, tp no reply. JM bertugas kol pun, xda pick up. Lastly, barula dpt reach Daddy.
Doc masuk ke labour room utk pecahkan air ketuban. Tapi, sygnya air ketuban dah pn bertukar jd hjau sbb kata Doc, Hilmi dah berak dlm perut Mama. Jd, xdptla Mama nak bersalin kat Hosp. Bkt Mertajam. Mama ditransfer ke Hosp. Seberang Jaya. Tapi, nk jd hal, ambulans lak not available. Pas diusahakan JM bertugas, dapatla 1 ambulans tanpa peralatan sepatutnya. JM yg iring Mama dah pesan, sakit cmna pun, jgn push lagi. Bg sampai gak kat hosp. Takut apa2 jadi lak dlm ambulans nnt.
On the way, dgrla Driver ambulans dok bising sbb keta dpn xbg jalan padahal pasang siren. Stuck lak dlm jem. Mama dh xleh thn sakit sgt. Abih Mama genggam tgn JM,sakit tgn dia. Kat mulut ni, dok baca Alam Nashrah je. Petua Mak Su Mama. At least, kurang la skit sakit tu.
Sampai dewan bersalin Sbrg Jaya, ada lagi 2-3 tgh que nak bersalin. Tapi,alhamdulillah, tanggal 28/10/2006, jam 1.22 ptg, Muhammad Adam Hilmi Bin Mohammad Aliff Shahimi selamat dilahirkan dgn berat 3.12 kg. Mama berterima kasih sgt kat sumer yang terlibat masa Mama bersalin. & sgt bersyukur ngan bidan yang sambut Hilmi. Kuar je kepala Hilmi, trus dia bagi salam & Hilmi sambut dgn tangisan tanpa henti yang kuat sgt. Kata Bidan, dipermudahkan urusan, Hilmi lahir skali ngan najis dlm perut & uri. Jd depa juz cek klu ada yg tertinggal dlm perut Mama. Bidan tu pun, cekap sggh menjahit. Sekejap ja.
Hilmi hanya berenti menangis bila dia diletakkan semula kat Mama, pas dia dibersihkan. Kalut cari susu. Letak je dia kat dada Mama, confident ja dia menyusu. Mama lak was-was ada ke susu tu... Alhamdulillah... Walaupun Mama bersalinkan Hilmi tanpa kehadiran Daddy di sisi, segala proses kelahiran berjalan lancar. Alhamdulillah....
Next Ent3 : Labour Room.... Hospital Rakan Bayi.
mcm2 pengalaman kan besalin ni..ada yg mudah adaa yg susah sket... moga semuanya selamat...
ReplyDeletei/Allah...hrpnya cm tu la, k.normi... :-)
ReplyDelete