Saturday, 16 July 2011

Mengandung & Puasa....

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Mama.... mmg Mama sunggoh!. Semedang je kena bulan Ramadhan.


  1. Adam Hilmi dilahirkan pada 28/10/2006 (hari Raya ke-5), sedang tahun 2006, kita puasa bulan September. Means masa tu, mama tgh mengandung lbh kurang 8 @ 9 bln.
  2. Adam Dzulqarnain dilahirkan pada 23/07/2009, sedang tahun 2009, kita puasa bulan Ogos, means masa tu Mama tengah berpantang.
  3. Baby yang ke-3 ni dijangka lahir 15-18/10/2011, sedang kita akan berpuasa pada bulan Ogos, means on that time, Mama tgh mengandung lbh kurang 29 minggu bersamaan 7 bulan 1 minggu.
Masa Hilmi & Dzulqarnain, amatla seksa nak mengganti puasa yang xdapat langsung masa Ramadhan. So, hopefully, utk yg ke-3 nih, dapatla Mama berpuasa penuh. Almaklumlah, seksa ooooo nk ganti.... Hihihiiiii...

So, Mama pun google la apa yg patut berkenaan Berpuasa Masa Ngandung nanti... Rasa-rasanya Mama xda masalah kot nak puasa nnt. Lebih kurang kesimpulan yang Mama dapat adalah.....

  1. Kena confirm condition ngn Doc dulu either leh puasa or not... Hmmmm.
  2. If kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, myb Doc xbg puasa....
  3. Make sure penambahan berat badan yang sepatutnya (lbh kurg 1/2 kg for each wx thru 4th months.)
  4. Make sure ambil kalori (kcal) makanan yang sihat (lbh kurg 25-30 kcal per kg berat badan)(purata 1,800-2,000 kcal/day).
  5. Keperluan zat makanan balance ikut piramid makanan (karbohidrat 50%, protein 30% dan lemak 10-20%).
  6. Kena minum at least 2L air/day utk elak dehidrasi. 
  7. Amek supplement pd waktu mlm, bknnya ms sahur.
  8. Lambat-lambatkan sahur & jgn lengahkan berbuka.
Hahahahaaaaaa....seeeee..... Hmmmm, apa2 pun, Sunnah Rasulullah mmg lah yang terbaik kan... Yg tu nota Mama... Kita tmbh nota kaki sikit utk ibu2 mengandung yang len.... :-)

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan). 
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan) 
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran) 
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.

Okes...? Agak membantu.... Apa2 pun, ni adalah ikut apa yg Mama faham dari en3 Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga. Thanx yer En. Tuan Umah... En3 anda amat membantu... :-)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...