Thursday 8 September 2011

Rezeki Allah S.W.T buat Anak2 Mama...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera....

Hari ni Mama dpt mc untuk 2 hari. Masuk keja pas raya hr tu, teramatlah banyak kerja. Sgt2 letih. Kena pulak, ada byk outstanding yg xselesai sblm raya sebab officer cuti. Kena lak, banyak pulak badan gomen yang cuti awal dari cuti raya. Banyak sungguh tertangguh.

Nak jadi pasal, sebaik pas raya, Mama ada 5 mention kat Alor Setar High Court tapi benda2 yg sepatutnya fail sblm mention date xdapat difailkan. Comission Oath cuti seminggu sblm raya, Affd Tambahan 1 xdpt nak affirm, so xleh nak serve, xdpt nak fail & xdpt nak prepare Affd Penyampaian. Natijahnya, masuk dari cuti raya, kena bambu la sbb xdpt jalan kes.

Then, kena lak xbiasa ngan sistem e-filing Penang High Court. Pening kaplo dibuatnya. High Court entire Malaysia lak ada kuar pekeliling baru utk kes2 baru. Masing2 ada turn around time (TAT). Client2 pun dah reschedule TAT baru. Hmmmm... Letih...letih.... Yang letihnya sbb berbadan dua nih... Kalau bw dr sorang2, lehla buat kerja cpt ckit. Lgpun, since 7 bln, Mama slalu gaklah amek mc & unpaid leave. Hmmm....

Tapi, rezeki baby mmg banyak... Alhamdulillah, Daddy dah pun dpt confirmation letter. So, pas ni, kalau ada stock take, ada la habuan kan... InsyaAllah... Kalau sblm ni kita nak gerak pun susah, alhamdulillah, sekarang ni mampu gak nak sewa keta dari Mak Ndak daily... At least, Isnin - Jumaat tu lehla nak berangkut 2 Adamz ni berulang-alik dari Mengkuang ke Tanah Liat. Xdala Mama risau sangat bila Mak Tok yang jaga budak2 ni.   :-)

Alhamdulillah, walaupun byk lg mslh yg dok ada, Allah lancarkan sesetengah perkara. Harapnya, kelancaran hidup kita ni akan berterusan... InsyaAllah... :-)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...