Tuesday, 18 November 2014

Tinta Comeback....

Bismillah hirrahman nirrahim...

Lama sangat rasanya tak menulis... Macam-macam dugaan yang menimpa sampaikan Mama ambik tempoh bertenang dengan agak lama. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada keluarga, perniagaan. Mama dah tak kerja legal firm dah... Panjang sgt kalau nak cerita kat sini. Tapi, alhamdulillah... Sekarang ni semuanya dah semakin lancar. Setiap kejadian, ada hikmah di sebaliknya. Demi Allah yang Maha Menguasai alam semesta ini.

Muhammad Adam Hilmi dah meningkat 8 tahun pun. Muhammad Adam Dzulqarnain pulak dah 5 tahun. Muhammad Adam Kawthar dah cecah 3 tahun. Sat sangat masa berlalu kan...

Tahun ni Mama & Daddy decide untuk homeschool anak-anak bertuah kami ni. Cuba memberi yang terbaik & melindungi dari anasir yang tak sepatutnya. Banyak aspek diambil kira. Salah satunya, betapa melihat perkembangan Adam Hilmi yang semakin mundur ke belakang. Jadi, Mama & Daddy upah hometutor untuk catch up apa yang Adam Hilmi ketinggalan. Mama & Daddy tak mau, atas tiket mild autism dia, dia tak boleh dapat belajar macam orang lain. Malah kami berharap dia akan jadi lebih baik dari kanak-kanak seusianya. Kami tak target untuk akademiknya. Tapi, kalau dia mampu, alhamdulillah... Yang penting, keupayaannya dalam menongkah arus zaman sekarang terutamanya dari segi akidah & jati diri dia.

Dan untuk sebab ini juga lah, kami tubuhkan Smart Taekwan untuk memupuk anak-anak bergaul secara sihat.



No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...